Glamershop telah ditubuhkan pada awal tahun 2020 dimana seluruh dunia telah dilanda wabak virus covid-19, banyak sektor perniagaan terpaksa ditutup dan mengalami kerugian yang teruk hingga membuatkan orang ramai kehilangan pekerjaan dan mata pencarian. diketika itu satu cabang perniagaan kian rancak berkembang walaupun seluruh negara sedang berperang dengan wabak penyakit, iaitu sektor perniagaan atas talian.
Untuk makluman perniagaan online telah pun dikenali sejak awal tahun 2000 lagi. Walau bagaimana pun pada awalnya perniagaan online kami ini hanyalah sekadar cuba-cuba, namun atas keperluan masyarakat setempat dan 'trending' setelah 5 bulan beroperasi kami membuat keputusan untuk fokus dan teruskan untuk mengembangkan perniagaan ini.
Sesuai dengan keadaan semasa, kami tidak hanya menetapkan satu jenis servis sahaja, tapi kami mempelbagaikan berbagai jenis servis serta jualan didalam perniagaan antaranya barangan-barangan keperluan harian, produk kesihatan, kecantikan, produk digital serta servis reka bentuk grafik dari tenaga pakar yang berkemahiran.
Oleh itu harapan kami di dalam industri perniagaan online ini adalah dapat memberikan impak yang positif dan berdaya saing dengan peniaga-peniaga diluar sana, selain bersama-sama memantapkan ekonomi negara, juga meluaskan pengalaman serta memberi peluang pekerjaan bagi yang ingin menjana pendapatan.
Inspirasi kami adalah ingin menjadikan perniagaan kami sebagai contoh pusat rujukan yang berdaya saing bagi usahawan-usahawan pemula yang ingin meningkat naik.
Berusaha sebaik mungkin untuk menjadi setaraf dengan peniaga yang sudah dikenali diluar sana.
Setiap Pelanggan Kami adalah Sangat Penting Untuk Kami
Berikut adalah antara beberapa maklum balas Screen Shot dari pelanggan kami, kami sangat bersyukur dan amat berterima kasih di atas segala maklum balas dan sokongan yang diberikan.